Jumaat, 14 November 2014

Anak Sungai Nil



Anak Sungai Nil

Oleh Suhaimi Taib

Maper satu susuk
menyeringai di pentas
mengamuk direntas
arus gelodak kuasa

rakus menerjah bungkah
dan payung gemayung hak
dan keadilan.

Sekelumit nadi berdenyut
merengus hanyir darah
pahlawan di penjara
ibunda terpasung
di runtuhan menara perkasa
namun perjuangan tak pernah
menjadi sirna.

Susuk tubuh telah rebah
membungkam ribuan
dasawarsa suara
dan perjuangan
anak sungai Nil ini
tidak pernah pasrah
dengan sergahan
As-Sisi yang nanar
mempertahankan kuasa.

15 November 2014
Kuala Terengganu.